fbpx

Satu-satunya rumah tidak ‘disentuh’ banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah tidak ditenggelami air banjir di Ridgley. - Foto Randy Moor/Storyful

WASHINGTON – Sebuah keluarga di negeri Tennessee, Amerika Syarikat berjaya menyelamatkan rumah mereka daripada ditenggelami banjir dengan membina benteng di sekeliling kediaman tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Rumah keluarga Humphrey di Ridgely dilihat tidak disentuh oleh air banjir keruh pada 8 April lalu selepas hujan lebat menjejaskan lebih 100 orang di kawasan itu. 

Ajaibnya, imej udara yang disiarkan di laman Facebook menunjukkan hartanah tersebut masih kukuh berdiri di tengah-tengah zon bencana ketika kawasan kejiranan dan hartanah lain tenggelam dalam air bah.

Keluarga itu telah siap membina benteng buatan manusia selama bertahun-tahun, demikian menurut beberapa penduduk tempatan yang mengenali mereka. 

“Itu (benteng) milik (keluarga) Humphrey. Mereka berjaya mengelak banjir beberapa kali sebelum ini,” kata seorang penduduk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI