fbpx
PSG (jersi biru) mengesahkan kemaraan ke peringkat empat terbaik hasil kemenangan 5-4 secara agregat ke atas Villa. - AFP

PSG pasukan terbaik dunia – Enrique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Paris Saint-Germain, Luis Enrique menganggap kemaraan ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan Aston Villa 5-4 secara agregat menjadi bukti terbaik bahawa kelab itu adalah pasukan terbaik dunia ketika.

Pada aksi suku akhir kedua di Villa Park awal pagi tadi, Villa mencipta sensasi apabila menang 3-2, namun PSG tetap memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama di Parc des Princes minggu lalu.

Kemaraan kali ini meneruskan harapan PSG untuk cuba memenangi pertandingan itu buat kali pertama dalam sejarah kelab berkenaan selepas hanya berpuas hati dengan status naib juara pada 2020.

Penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma muncul antara pemain paling menyerlah apabila bertindak tangkas menafikan beberapa percubaan berkualiti daripada jentera serangan Villa.

“Saya fikir kami kini mempunyai skuad terbaik di dunia, bukan saja di posisi penjaga gol, malah di semua bahagian lain. Apabila kamu berada di kelab seperti PSG, kamu perlu memiliki ramai pemain berkualiti.

“Selepas mengharungi kedua-dua perlawanan, saya merasakan kami berhak untuk memenangi perlawanan ini. Sudah pasti saya gembira kerana saya boleh berikan satu lagi aksi separuh akhir kepada penyokong kami,” kata Enrique.

Enrique menjelaskan adalah menjadi perkara biasa di pentas UCL untuk bertemu lawan begitu berkualiti seperti yang berjaya ditunjukkan oleh Villa pada perlawanan kedua kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI