fbpx

Pilihan raya Singapura 3 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Getty Images

SINGAPURA – Parlimen Singapura dibubarkan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam semalam bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan berlangsung pada 3 Mei, lapor portal berita CNBC. 

Hari penamaan calon akan diadakan pada 23 April ini, demikian menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura. 

Pilihan raya itu adalah yang pertama kali buat Perdana Menteri Lawrence Wong, di mana beliau menggantikan bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang menerajui kerajaan sejak 2004. 

Saluran berita Channel News Asia (CNA) melaporkan, pilihan raya kali ini akan menyaksikan pemilihan 97 Ahli Parlimen. 

Parti Tindakan Rakyat (PAP) mentadbir Singapura sejak kemerdekaannya pada 1965. PAP memperoleh 61.24 peratus undian sekali gus menguasai 83 daripada 93 kerusi pada Pilihan Raya Umum 2020. 

Pilihan raya kali ini berlangsung di tengah-tengah ketegangan global selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan tarif yang tinggi ke atas rakan dagangan.

“Kami sangat kecewa dengan AS terutamanya apabila kedua-dua negara mempunyai persahabatan yang mendalam dan lama,” kata Wong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI