fbpx

Perak, Selangor, KL dan Pantai Timur dilanda hujan lebat, ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda di Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu), Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor (Gombak), WP Kuala Lumpur, Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sarawak termasuk daerah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang.

“Di Sabah kawasan yang terjejas termasuk bahagian pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Tawau,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI