fbpx

Pegawai bomba Pendang maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang cedera selepas terlibat kemalangan di Jalan Bukit Choras, Pendang hari ini. Foto ihsan JBPM Kedah

PENDANG – Seorang pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Bukit Choras, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, mangsa, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Arizal Mahmud mengalami kecederaan pada badan dan dikejarkan ke Hospital Pendang.

Dia bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pendang pada pukul 8.35 malam tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas bertugas.

Ketua BBP Pendang, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Huzaini Halil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 5.41 petang tadi sebelum bergegas ke lokasi kemalangan.

Katanya, mangsa melibatkan pegawai operasi BBP Pendang yang cedera pada badan, manakala seorang lagi mangsa berusia lingkungan 30-an tidak mengalami kecederaan.

“Kemalangan melibatkan motosikal jenis ADV yang ditunggangi anggota bomba dan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC135.

“Anggota yang cedera diberi rawatan awal dan dibawa ke Hospital Pendang menggunakan jentera EMRS,” katanya di sini hari ini.

Jenazah akan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI