fbpx

Man. United mahu Ramsdale ganti Onana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMSDALE (tengah) dikatakan menerima respons positif daripada jurulatih petinjau bakat United sejak kebelakangan ini.

MANCHESTER – Manchester United sudah mengenal pasti pemain terbaik untuk menggantikan penjaga gol No. 1 pasukan, Andre Onana dengan nama Aaron Ramsdale menjadi pilihan utama apabila jendela perpindahan kembali dibuka pada Jun depan.

Sebagai rekod, The Red Devils sedang mengalami krisis di posisi benteng terakhir apabila Onana sering melakukan kesilapan mudah selain penjaga gol simpanan, Altay Bayindir masih dilihat belum bersedia untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Susulan itu, pengendali United, Ruben Amorim mengambil keputusan untuk menghantar jurulatih peninjau bakat bagi meneliti prestasi Ramsdale bersama Southampton sejak beberapa minggu lepas.

Namun, United dijangka berdepan saingan sengit apabila West Ham United turut dilaporkan bersedia membayar harga mahal kepada Southampton bagi mendapatkan bekas penjaga gol Arsenal itu yang kini merupakan pilihan kedua England di belakang Jordan Pickford.

The Saints sebelum ini telah mengeluarkan dana sebanyak £25 juta (RM145.3 juta) untuk mendapatkan Ramsdale daripada Arsenal tahun lalu dengan menawarkan kontrak selama empat tahun.

Difahamkan, West Ham tidak mempunyai masalah untuk membayar maksimum £20 juta (RM116.2 juta) bagi membayar pampasan kepada Southampton tetapi kini bakal diberi saingan sengit oleh pengurusan United.

Meskipun belum mengeluarkan kenyataan rasmi, Ramsdale yang berusia 27 tahun berminat untuk kekal dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Southampton sah tersingkir ke Liga Kejuaraan EFL musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI