fbpx

Malaysia, Arab Saudi bincang kolaborasi bidang pendidikan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (tiga dari kiri) ketika menghadiri HC1 2025 di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Malaysia dan Arab Saudi membincangkan jalinan kerjasama melibatkan program perkongsian tenaga mahir dan teknologi terkini dalam bidang pendidikan tinggi selain model pengurusan universiti yang sedang dibangunkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Perbincangan itu dibuat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bersama Menteri Pendidikan Arab Saudi, Dr. Yousef Abdullah Al-Benyan ketika menghadiri edisi kedua Persidangan Antarabangsa Human Capability Initiative (HCI 2025) di Riyadh, Arab Saudi.

Menurut Zambry, beliau juga mengadakan perbincangan dengan beberapa Menteri Pendidikan termasuk dari Nigeria, Maldives dan Zanzibar yang mana kesemua mereka mahu melihat model pendidikan tinggi Malaysia.

“Masing-masing kagum dengan pembangunan pendidikan tinggi Malaysia yang bergerak selari dengan pembangunan arus semasa dan perancangan yang baik daripada segi pelaksanaan dasar pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, Zambry diundang menjadi panelis oleh Kerajaan Arab Saudi bagi menyertai persidangan berprestij yang berlangsung di bawah naungan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Muhammad Salman yang bertemakan ‘Beyond Readiness’.

Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen Malaysia dalam Pembangunan Keupayaan Insan, Zambry turut menyertai sesi Perbincangan Meja Bulat Menteri yang menghimpunkan Menteri Pendidikan Tinggi dari 20 buah negara.

“Dalam sesi tersebut, saya berkongsi beberapa inisiatif utama Malaysia dalam mendepani era kecerdasan buatan (AI) antaranya pelaksanaan program pembelajaran dalam talian AI untuk Rakyat selain penubuhan fakulti AI pertama negara.

“Saya turut menekankan pentingnya nilai etika dan kemanusiaan dikekalkan dalam kemajuan teknologi agar pembangunan yang berlaku bersifat seimbang dan inklusif,” katanya.

Katanya, beliau turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Korea Selatan, Dr. Lee Ju-ho.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama diperingkat pegawai di kedua-dua kementerian untuk menggerakkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani sebelum ini.

“Persetujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pendidikan tinggi juga turut dicapai termasuk pelaksanaan program mobiliti pelajar dan pensyarah, penglibatan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), Politeknik serta kolej komuniti dalam teknikal,” jelasnya.

Katanya, ia turut melibatkan penglibatan syarikat multinasional Korea dalam pelaksanaan program ‘Work-based Learning’ di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI