fbpx

Lawatan Xi Jinping: Enam laluan di Putrajaya ditutup sejam lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera China berkibar di sekitar Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sempena lawatan negara Jinping ke Malaysia. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PETALING JAYA – Enam laluan di Putrajaya akan ditutup bermula pukul 4.10 petang ini bagi memudahkan pergerakan Presiden China, Xi Jinping sempena lawatan negara ke Malaysia.

Laluan tersebut ialah Jalan P5, Lebuh Raya Gemilang, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Sentosa, Lebuh Perdana Barat serta Persiaran Seri Perdana.

Sebelum ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memaklumkan, penutupan jalan secara penuh dan lencongan akan dilakukan selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi negara tersebut.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.

Semalam Kosmo! melaporkan, Jinping selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 petang bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam sehingga Khamis.

Ketibaan beliau dan delegasi dari China dengan menaiki pesawat Air China jenis Boeing 747 disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Turut menyambut kehadiran beliau bersama delegasi negara itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI