fbpx

Kelantan negeri pertama Pantai Timur guna bas elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ibrahim ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Konsortium E-Mutiara-Semesra Syawal di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kelantan menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang menggunakan bas elektrik untuk perkhidmatan bas henti-henti bermula Julai ini.

Pengerusi Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, sebanyak lapan buah bas elektrik bernilai RM11.2 juta dijenamakan Bas.My Kota Bharu akan digunakan untuk perkhidmatan tersebut.

Katanya, pada peringkat awal, bas tersebut beroperasi di empat laluan bermula dari pusat bandar Kota Bharu.

“Ia melibatkan laluan Kota Bharu-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra-Sabak, Kota Bharu-Panchor-Kemumin-Sabak, Kota Bharu-Pengkalan Chepa dan Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan.

“Tambang bas itu sama dengan kadar seperti ditetapkan Agensi Pengangkutan Awam Darat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Konsortium E-Mutiara-Semesra Syawal di sini hari ini.

Che Ibrahim berkata, perkhidmatan bas elektrik itu menggunakan konsep tanpa tunai. Bagaimanapun perkhidmatan secara percuma diberikan kepada pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, orang kurang upaya dan warga emas.

“Semua penumpang bagi kategori itu perlu mendaftar RM10 dengan E-Mutiara untuk mengakses kemudahan tersebut seumur hidup.

“Bagi pelajar sekolah, mereka hanya perlu memakai pakaian segaram dan perkhidmatan percuma itu diberikan pada hari persekolahan sahaja,” katanya.

Che Ibrahim berkata, pelajar IPT pula perlu menunjukkan kad matrik sewaktu menaiki bas, manakala OKU dan warga emas pula diminta mempamerkan MyKad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI