fbpx

Identiti bakal suami masih ‘misteri’, Siti Hariesa nak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Hariesa Hariesa tidak kisah sekiranya orang ramai tahu mengetahui dia sedang mengenal hati budi seseorang ketika ini.

KUALA LUMPUR – Dalam fasa bahagia, pelakon Siti Hariesa mengakui sudah merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan seorang jejaka yang identitinya dirahsiakan.

Pemilik nama penuh Siti Hariesa Muhammad Hanafi itu juga berjanji akan berkongsikan tarikh pernikahan kepada umum kelak.

“Sejujurnya saya dah umur berapa, mestilah nak kahwin. Cumanya tengah tunggu bila rezeki sampai.

“Sudah semestinya ada perancangan. Maksudnya betul (ke arah tamatkan zaman bujang).

“Kita tidak tahu lagi, insya-Allah saya akan kahwin dan semestinya berkongsi mengenai perkara tersebut,” kata Hariesa, 27, kepada HibGlam pada Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQiYI 2025 di EQ Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, pelakon drama Perempuan Itu menafikan akan bakal berkahwin pada tahun ini memandangkan jadual kariernya yang agak padat.

“Bukan tahun ini, saya pun aktif berlakon jadi banyak naskhah yang akan datang.

“Tengok dulu macam mana sebab pasangan saya pun kena bincang mengenai jadual masing-masing,” ujarnya.

Tidak terlalu terbuka berkongsi tentang kehidupan peribadi, bagaimanapun Hariesa mahu orang ramai tahu bahawa dia sedang diulit bahagia ketika ini.

“Orang kenal saya pun sebagai pelakon dan sebolehnya saya nak orang fokus kepada bakat saya.

“Sebaiknya kekal ‘lowkey’ dalam kehidupan peribadi tetapi mengenai perkahwinan saya nak bagitahu dunia saya sedang jatuh cinta.

Ditanya sekiranya Hariesa akan merealisasikan perkahwinan impiannya, dia memilih untuk berbincang dengan kekasih hati terlebih dahulu.

“Itu pun kena berbincang sebab sejujurnya saya tidak kisah sangat. Kalau saya banyak duit saya akan laburkan semua,” tuturnya.

Sebelum ini, media melaporkan bintang drama Rajuk Karina itu terbuka mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka ketika ini.

Dia juga memberitahu mendirikan rumah tangga memerlukan komitmen yang tinggi dan menuntutnya untuk menstabilkan kehidupan terutama dari aspek kewangan terlebih dahulu.

Januari lalu, Hariesa mengakui masih solo dan mengimpikan lelaki yang mempunyai hubungan baik dengan keluarga, lemah lembut serta baik hati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI