PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, hujan lebat dijangka melanda daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu bagi negeri Kedah serta seluruh Pulau Pinang.
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di beberapa kawasan yang terjejas di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE