fbpx

Hubungan istimewa dua negara terus diperkukuh – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jinping di Istana Negara. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan hubungan istimewa antara Malaysia dan China akan terus diperkukuh.

Beliau dalam satu hantaran berkata, hubungan tersebut terus dijaga demi memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Pagi tadi saya telah mengiringi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam Istiadat Sambutan Negara ke atas tamu kenegaraan Presiden China Xi Jinping di Istana Negara.

“Saya kemudiannya menyertai Seri Paduka Baginda dalam pertemuan bersama Presiden Xi serta delegasi China,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Jinping bersama delegasi turut diraikan oleh Baginda Tuanku dalam Majlis Jamuan Negara.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet.

Terdahulu, lawatan Jinping adalah sebahagian daripada siri Lawatan Negara pertama Presiden China itu pada tahun ini yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI