fbpx

Dua rakan maut motosikal bertembung lori treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNGGANG dan pembonceng motosikal maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di Kilometer 1 Jalan Jerantut-Benta dekat persimpangan lampu isyarat Padang FA di Jerantut malam semalam.

JERANTUT – Dua remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan treler di Kilometer 1, Jalan Jerantut-Benta dekat persimpangan lampu isyarat Padang FA di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, nahas pukul 11.10 malam itu berlaku apabila treler dari arah Benta menuju ke Jerantut gagal mengelak motosikal ditunggang Muhammad Aiman Hakim Mohd. Khairul Rusdy dan Adam Syahnizam Abdul Satar.

“Motosikal itu tiba-tiba keluar dari arah kiri jalan sebelum bertembung dengan treler dipandu lelaki berusia 23 tahun yang gagal mengelak kenderaan mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, pembonceng motosikal disahkan maut di tempat kejadian, manakala penunggangnya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jerantut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini hari ini.

Menurut Zukri, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Jerantut untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, pemandu treler ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian air kencing mendapati lelaki itu bebas pengambilan sebarang bahan terlarang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI