fbpx

Cikgu gatal kena tahan 7 hari ‘share’ pautan lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GURU lelaki sebuah sekolah menengah direman tujuh hari selepas disyaki menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja wanita. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Perbuatan seorang guru lelaki yang ‘tidak sengaja’ menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja wanita membawa padah apabila dia ditahan semalam.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga Selasa ini selepas permohonan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dibenarkan oleh Majistret Nabilah Nizam.

Lelaki berusia 32 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9 pagi dan meninggalkan bangunan itu pada pukul 11.30 pagi.

Lelaki itu ditahan susulan pendedahan dibuat guru wanita di sebuah sekolah menengah di sini berhubung kelakuan tidak senonoh suspek.

Mangsa turut mendakwa pernah menyaksikan guru lelaki itu terlibat dalam tingkah laku intim dengan beberapa pelajar perempuan selain menerima pautan lucah daripada suspek.

Suspek kemudian tampil membela diri di akaun Facebooknya dengan menyatakan tindakan menghantar pautan lucah tersebut sebagai tindakan tidak disengajakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI