fbpx

Kes bekas penceramah menyamar peguam dibicara Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Syafiq (belakang) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan lapan hari pada Julai dan Oktober ini bagi perbicaraan bekas penceramah bebas yang dituduh menyamar peguam dengan menipu mangsa sejak 2021.

Tertuduh Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, 45, hadir pada prosiding sebutan semula kes itu hari ini.

Hakim Norina Zainol Abidin berkata, mahkamah melapangkan lapan hari itu bagi tarikh perbicaraan selepas mendapat persetujuan pihak pendakwaan, pembelaan dan peguam pemerhati.

Tarikh perbicaraan tersebut bermula 14, 15, 16 dan 17 Julai seterusnya 27, 28, 29 dan 30 Oktober.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shafatihah Nor Azmi berkata, pihaknya dijangka memanggil 15 hingga 20 saksi termasuk saksi awam, pegawai penyiasat dan pegawai mahkamah.

Peguam Ahmad Zahid Abu Hashim yang mewakili tertuduh tidak membantah dengan tarikh tersebut. Mahkamah turut dimaklumkan peguam R.Manian akan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam Malaysia.

Muhammad Syafiq Stewart yang berdepan tiga pertuduhan didakwa menyamar peguam bela dan peguam cara berkelayakan dengan menipu dua mangsa pada 18 November 2021 dan 2 Mac 2022 di Kompleks Mahkamah Seremban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI