fbpx

3 wanita diganggu ketika solat terima pampasan RM331,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA wanita diganggu Perry ketika mereka sedang bersolat. - Foto WALB

WASHINGTON – Tiga pelajar kolej beragama Islam di Amerika Syarikat (AS) menerima pampasan sebanyak AS$75,000 (RM331,00) kerana diganggu seorang lelaki ketika bersolat, lapor laman berita Fox News kelmarin.

Lelaki tersebut meminta mereka pulang ke negara masing-masing ketika bersolat di luar sebuah pusat beli-belah di Alpharetta, negeri Georgia.

Ketiga-tiga wanita itu kemudian mencapai penyelesaian dengan lelaki berkenaan, Perry Greene. Dia merupakan bekas suami Ahli Kongres Georgia, Marjorie Taylor Greene.

Semasa sidang akhbar, peguam untuk ketiga-tiga wanita tersebut dan wakil daripada Majlis Hubungan Islam-Amerika (CAIR) Georgia mendedahkan butiran baharu tentang kes itu dan penyelesaiannya. 

Tiga wanita itu berkata, Perry menghubungi mereka melalui peguam selepas video gangguan secara lisan itu mula tersebar di internet. 

Lelaki itu kemudian meminta maaf kepada mereka secara tertutup dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka pada awal bulan ini.

Wang ganti rugi itu kemudian didermakan kepada masjid tempatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI