fbpx

10 lembu mati disyaki diracun di Kelemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar yang tular di media sosial sekumpulan lembu ditemui mati bergelimpangan dipercayai diracun dalam kejadian di Kampung Air Lanjut Kelemak, Alor Gajah, Melaka, pagi semalam.

ALOR GAJAH – Penduduk Kampung Air Lanjut, Kelemak gempar semalam apabila lebih 10 ekor lembu mati bergelimpangan dipercayai diracun seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Video berdurasi 19 saat yang memaparkan haiwan ternakan itu terbaring mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, selain mencetuskan kebimbangan kepada penternak dan penduduk.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Kelemak Jaya, Abd. Karim Abu Bakar, kejadian itu disedari penduduk pada pukul 7.30 pagi.

“Setakat ini, sebanyak 10 ekor lembu disahkan mati dan tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.

“Kejadian turut dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka yang bertindak segera mengambil sampel bangkai lembu untuk dihantar ke makmal bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah memberitahu, beliau sudah mengarahkan pegawai ke lokasi bagi menyiasat kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI