fbpx

[VIDEO] Orang ramai boleh beri penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin bertemu dengan petugas media di Masjid Negara hari ini.

PETALING JAYA – Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh berbuat demikian bermula pukul 10 pagi ini.

Menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Istiadat Pengebumian Negara kepada Allahyarham Tun Abdullah di Masjid Negara akan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari.

“Semalam kita umum orang ramai, saudara-mara, sahabat handai, rakyat Malaysia yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh datang bermula pukul 11 pagi.

“Oleh kerana kita termasuk ahli keluarga telah bersedia, orang ramai boleh datang bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya kepada pemberita di Masjid Negara hari ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin memaklumkan, jenazah Allahyarham telah selamat dimandikan dan dikafankan oleh pihak Masjid Negara dengan dibantu oleh ahli keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI