fbpx

‘Tun Abdullah pemimpin yang sentiasa merendah diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan 2025 di Dewan Seroja Kem Kementah, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Allahyarham Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang pemimpin yang sentiasa merendah diri.

Beliau berkata, Allahyarham juga sentiasa berkhidmat dalam keadaan insaf dan merupakan seorang yang sangat penyabar dan tenang ketika berpeluang berkhidmat dibawah kepimpinannya selama lima tahun pada 2004 hingga 2009.

“Beliau merupakan Perdana Menteri yang saya berpeluang berkhidmat di bawahnya selama lima tahun. Mulai dari tahun 2004 hingga tahun 2009, dan saya sangat mengenali Allahyarham bukan sahaja dari segi kerja tetapi juga dari segi peribadi.

“Saya percaya sumbangan, khidmat dan pengorbanannya kepada negara sangatlah besar dan rakyat menghargai serta sentiasa ingat akan segala jasa dan pengorbanannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2025 bertempat di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, Allahyarham Abdullah juga merupakan seorang yang sangat budiman serta tidak suka bermusuh.

“Saya masih ingat masa saya menjadi Menteri Usawan dan juga Pembangunan Koperasi, yang mana jawatan pertama saya dilantik sebagai menteri oleh Allahyarham.

“Beliau sentiasa memberi dorongan, nasihat dan menyokong apa sahaja usaha-usaha yang saya lakukan,” katanya.

Terdahulu, Abdullah, meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), di sini semalam.

Perkara itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dalam hantaran di Instagram yang memaklumkan bahawa Allahyarham yang juga dikenali dengan panggilan ‘Pak Lah’ menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI