fbpx
Hussein menyaksikan penyerahan "Baton Of Command" antara Hoong Fong dan Ramli pada majlis itu. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

Ramli jadi Ketua Polis Daerah Klang Selatan Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Penolong Pengarah Pendataan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Kasa dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Klang Selatan yang baharu, hari ini.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong yang dilantik sebagai Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Serbaguna Balai Polis Pandamaran itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Sementara itu, Hoong Fong berkata, pengalaman bertugas di daerah besar yang pernah terkenal dengan jolokan Columbia Malaysia, telah benar-benar membentuk keperibadian beliau.

“Saya menjadi seorang pemimpin yang sabar, positif, daya tahan terhadap cabaran atau rintangan, menghormati orang lain serta lain-lain sikap positif yang sememangnya merupakan prinsip utama PDRM.

“Saya amat menghargai pengetahuan dan pengalaman bernilai diperolehi sepanjang bertugas di sini. Sudah pasti pengalaman dan pengetahuan ini akan mejadi bekalan ilmu untuk perjalanan masa hadapan kerjaya saya bersama PDRM,” katanya..

Sementara itu, Ramli ketika ditemui selepas majlis memaklumkan, memastikan indeks jenayah akan terus mencatat penurunan bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Klang Selatan.

“Saya akan meneruskan legasi pengurusan terdahulu selain mendapatkan data daripada pegawai dalam membantu keberkesanan mentadbir Ibu Pejabat Polis Daerah ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Caption

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI