fbpx

PSG tak cuak ancaman bekas pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG berada pada landasan tepat untuk melangkah ke separuh akhir UCL berdasarkan prestasi semasa. - AFP

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mengakui tidak risau dengan ancaman yang boleh diberikan Marco Asensio jika diletakkan dalam kesebelasan utama Aston Villa pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok.

Sebagai rekod, Asensio merupakan pemain pinjaman daripada PSG sejak Januari lepas dan berjaya menjaringkan lapan gol buat The Villans.

Namun, pengendali Villa, Unai Emery membuat keputusan untuk tidak meletakkan Asensio dalam kesebelasan utama pada suku akhir pertama di Parc des Princes, Paris minggu lalu dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

Menurut Enrique, sama ada Asensio diturunkan atau tidak di Villa Park awal pagi esok bukanlah masalah dan apa yang penting semua pemain perlu bersedia untuk mengekang sebarang kebangkitan boleh dilakukan tuan rumah nanti.

“Saya teruja apabila Asensio boleh diturunkan bertemu PSG kerana kami cukup kenal antara satu sama lain. Dia adalah pemain yang hebat tetapi tidak dapat minit permainan yang diinginkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Enrique percaya pasukannya masih belum layak dilabel pilihan meskipun berjaya menang 3-1 pada aksi pertama di laman sendiri.

“Villa pasukan yang bagus dan menunjukkan peningkatan sejak dua tahun lepas di bawah kendalian Unai Emery. Saya lihat perlawanan masih lagi terbuka dan kedua-dua pasukan berpotensi lolos ke pusingan seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI