fbpx

Pengeluar China guna TikTok lelong produk mirip jenama mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBEKAL produk China guna TikTok jual barangan untuk warga AS. - Foto.X/@ClairoSpinach@abby4thepeople

BEIJING – Pengeluar barangan China memutuskan untuk menghubungi pelanggan mereka secara langsung di Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan media sosial, lapor portal berita Hindustan Times semalam.

Mereka menunjukkan ciptaan masing-masing untuk beg jenama mewah terkemuka seperti Louis Vuitton, Este Lauder dan Chanel di media sosial.

Mereka menawarkan untuk menjual produk dengan harga satu persepuluh berbanding yang dijual di pasaran ketika berlakunya perang perdagangan antara AS dengan China.

Ramai pengguna TikTok Amerika berkata bahawa media sosial mereka dibanjiri dengan video pembekal-pembekal  China.

Pembekal-pembekal itu menunjukkan produk berkualiti tinggi yang mereka buat untuk jenama mewah dan menawarkan untuk menjualnya kepada rakyat Amerika tanpa logo jenama-jenama tersebut.

“Fyp (halaman pengguna di media sosial) saya tiba-tiba dipenuhi dengan pengeluar China yang cuba menjual terus kepada orang Amerika. 

“Walaupun dengan membayar tarif import dan penghantaran, ia masih jauh lebih murah daripada membeli produk yang sama melalui syarikat Amerika,” kata seorang pengguna di platform X, berkongsi video pengeluar China menjual kasut Birkenstock tanpa logo. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI