fbpx

[VIDEO] Pemimpin politik direman kes rasuah tambak laut RM44 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diiringi Pegawai SPRM selepas dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka. - Foto oleh ARIF HAMIZAN / KOSMO!

MELAKA – Seorang pemimpin kanan sebuah parti politik yang juga bergelar Datuk Seri direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah membabitkan projek tambak laut bernilai RM44 juta antara 2021 hingga 2023.

Perintah reman sehingga 20 April ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap suspek lelaki berusia 61 tahun itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, suspek telah ditahan pada pukul 4.55 petang semalam selepas hadir ke pejabat SPRM Melaka.

Menurut sumber, lelaki itu disiasat berhubung meminta suapan terhadap projek tambakan laut yang bernilai RM44 juta di Kota Laksamana di sini sejak lima tahun lalu.

Suspek yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dipercayai menerima suapan dalam bentuk harta iaitu empat buat kereta mewah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI