fbpx

Pemergian Tun Abdullah: Sultan Nazrin zahir takziah, Perak kibar bendera separuh tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin ketika menyampaikan titah di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan ucapan takziah terhadap pemergian Perdana Menteri ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, 86, ekoran masalah pernafasan di Kuala Lumpur semalam.

Titahnya, baginda bersama Raja Permaisuri, Dewan Negeri dan seluruh rakyat Perak menzahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke Rahmatullah Abdullah dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jean Abdullah dan keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dilimpahi rahmat ihsan Ilahi, ditempatkan dalam kalangan roh para solihin.

“Menandakan rasa sedih dan dukacita rakyat dan negeri Perak, dititahkan bendera negeri Perak dikibarkan separa tiang pada hari ini,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI