fbpx

Pak Lah warisi keilmuan datuk, Tuan Guru Abdullah Fahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Abdullah, Abdullah Fahim

KUALA LUMPUR – Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengasaskan kerajaan Islam Hadhari di Malaysia mewarisi ilmu agama daripada datuknya, Tuan Guru Abdullah Fahim.

Islam Hadhari atau Islam yang bertamadun merupakan teori kerajaan pimpinan Allahyarham sebagai usaha mengembalikan umat kepada asas agama menurut al-Quran dan hadis.

Menurut laman wikipedia, Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah Ibrahim merupakan cedekiawan Islam dan ahli falak terkemuka.

Beliau merupakan ulama yang memilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan negara seperti diminta Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Abdullah Fahim mengira tarikhnya berdasarkan kemungkinan ternampaknya buruj dacing selepas matahari terbenam di ufuk barat yang diertikan sebagai lambang keadilan.

“Berdasarkan pemerhatian itu, Abdullah Fahim menjangka bahawa tarikh paling mujarab kemerdekaan Tanah Melayu ialah pada 31 Ogos 1957 bersamaan 6 Safar 1377 H,” kata laman web itu.

Simulasi langit pada malam sebelumnya turut membuktikan pecerapan itu kelihatan pelbagai cakerawala terutamanya bintang Kejora dan Musytari serta bulan yang sejajar dalam laluan edaran buruj tersebut.

Abdullah Fahim yang pernah menjawat jawatan mufti Pulau Pinang meninggal dunia pada 28 April 1961 di usia 92 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI