KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara hari ini.
Najib tiba kira-kira pukul 10.35 pagi selepas Jabatan Penjara membenarkan beliau untuk menziarah dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sehubungan itu, perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan sehingga esok. – KOSMO! ONLINE