fbpx

Man. United terburuk, alih fokus Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain United murung selepas dibelasah Newcastle 4-1 malam kelmarin. - AFP

NEWCASTLE – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim akur dengan kritikan dilemparkan terhadap dirinya selepas merekodkan satu lagi kekalahan memalukan apabila dibelasah Newcastle United 1-4 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam kelmarin.

Ia adalah kekalahan ke-14 dialami The Red Devils dalam saingan EPL musim ini, sekali gus menyamai jumlah yang direkodkan sepanjang kempen 2023/2024.

“Saya faham (kritikan) tetapi saya tidak peduli. Tiada yang lebih buruk daripada kalah.

“Orang boleh cakap apa sahaja yang mereka mahukan. Saya tidak mahu pertahankan diri atau apa-apa. Jika anda lihat kedudukan kami dalam liga, itu sudah cukup menjelaskan semuanya,” kata Amorim.

Empat gol Newcastle diperoleh menerusi dua jaringan Harvey Barnes dan satu daripada Sandro Tonali serta Bruno Guimaraes, manakala Alejandro Garnacho menghadiahkan gol sagu hati buat United.

Ketika kelab semakin hampir dengan pencapaian mata terburuk dalam sejarah mereka, Amorim bertindak berani membuat lima pertukaran dalam kesebelasan utama bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada aksi suku akhir kedua Liga Europa menentang Lyon pada Jumaat ini selepas terikat agregat 1-1.

Satu perubahan ketara apabila penjaga gol utama, Andre Onana tidak tersenarai dengan Altay Bayindir diberi peluang membuat penampilan sulung, namun membuat kesilapan dengan menghadiahkan gol keempat Newcastle.

“Walaupun kami turunkan kesebelasan berbeza, kami tak tahu keputusannya tetapi kami terpaksa buat pilihan kerana baru bermain tiga hari lepas.

“Kami perlu fokus perlawanan seterusnya kerana ia sangat penting untuk kami, jadi fokus kini untuk bermain dengan lebih baik dan menang (Liga Europa),” tambah Amorim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI