fbpx

‘Kenal dia lama sebelum jadi PM, tempat pertama jumpa di pasar raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reaksi Tun Dr. Mahathir semasa mengulas mengenai hubungannya dengan Allahyarham Tun Abdullah.

KUALA LUMPUR – “Saya kenal dengan dia lama sebelum saya jadi Perdana Menteri. Tempat (pertama) saya jumpa dengan dia di pasar raya Cold Storage.”

Demikian kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad mengimbau pertemuan pertamanya dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 1968.

Menurutnya, beliau juga masih mengingati prestasi cemerlang kerajaan pimpinan Tun Abdullah dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 2004.

“Apabila dia menjadi Perdana Menteri PRU 2004 dengan kejayaan yang ‘tercemerlang’ dalam sejarah (Malaysia) iaitu 90 peratus mengundi untuk kerajaan kepimpinan beliau.

“Saya ucap takziah kepada keluarganya dan harap mereka bersabar kerana ini lumrah manusia akhirnya kita akan meninggal,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tun Abdullah pada Istiadat Pengebumian Negara di Masjid Negara.

Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam akibat masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI