fbpx

Jenazah Tun Abdullah tiba di Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Tun Abdullah tiba di Masjid Negara untuk istiadat pengebumian hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!
KUALA LUMPUR – Jenazah Perdana Menteri Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi tiba di Masjid Negara kira-kira pukul 8.20 pagi ini.
Ketibaan jenazah Allahyarham disambut orang ramai yang telah pun berada di masjid berkenaan sejak pukul 8 pagi.
Jenazah Allahyarham akan diberikan penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama Masjid Negara bermula pukul 11 pagi hingga 1  tengah hari.
Jenazah Perdana Menteri Ke-5 seterusnya akan disembahyangkan selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.
Tun Abdullah, 85, dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam semalam akibat masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI