fbpx

Dua PPS dibuka, Segamat dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPAM membuat tinjauan banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat pagi ini.

SEGAMAT – Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Segamat yang mana ia menjadi daerah terbaru dinaiki air di Johor lewat petang semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, tiga PPS beroperasi iaitu satu di Batu Pahat dan dua lagi di Segamat yang di buka pada 1 tengah hari.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Segamat sekali gus menjadikan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 195 orang daripada 60 keluarga sehingga petang semalam berbanding 148 mangsa daripada 48 keluarga di sebelah pagi.

“Lapan sungai di negeri ini berada pada paras waspada iaitu Sungai Senggarang di Batu Pahat dengan bacaan 3.09 meter (m) dan Sungai Batu Pahat (2.30m).

“Tiga lokasi sungai di Segamat ialah Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam (3.44m), di Buloh Kasap (8.51m) dan Kampung Awat (19.07m),” katanya dalam satu kenyataan.

Lokasi lain melibatkan Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai dalam daerah Pontian (1.88m), Sungai Belemang Besar di Simpang 5 Darat, Tangkak (4.08m) serta Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing (1.01m). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI