fbpx

Dilema ‘mesin gol’ di Liga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON membuktikan kualiti hebat dimilikinya sebagai seorang penyerang yang seharusnya dijadikan contoh oleh penggempur-penggempur lain.

PEMAIN di posisi penyerang mungkin berada dalam situasi tersepit dan berisiko menjadi ‘mangsa keadaan’ setiap kali berdepan pasukan yang mengalami masalah dalaman termasuk isu tunggakan gaji.

Rekod lampau sudah menunjukkan isu gaji memberikan impak negatif besar kepada pemain hingga gagal memberikan fokus penuh semasa perlawanan sekali gus tidak mampu menjadi ujian berkualiti kepada seseorang penyerang.

Bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof berkata, seseorang penyerang hanya mampu menajamkan sentuhan gol, namun mungkin tidak memperoleh manfaat lain bagi meningkatkan mutu permainan pada masa akan datang.

“Kalau main cantik tetapi tidak dapat menjaringkan gol pun tiada guna. Bagaimana pasukan lawan bermain sudah jadi perkara nombor dua dan paling penting adalah melaksanakan tanggungjawab untuk menjaringkan gol.

“Penyerang yang bagus pasti dapat menjaringkan gol. Daripada situ penyerang dapat kekalkan elemen sentuhan jaringan, namun untuk lebih, mungkin mereka tidak dapat apabila menentang pasukan bermasalah.

“Apabila pemain (pasukan bermasalah) tiada motivasi, aspek intensiti pun penyerang tidak dapat ketika menentang pasukan lain. Soal kecergasan pun mereka tidak akan dapat baiki jika pemain lawan gagal menghadirkan cabaran lebih berkualiti,” katanya.

Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli sebelum ini mengakui trend semasa dalam saingan liga tempatan ketika ini tidak sihat apabila wujud kelab yang sering menjadi ‘lauk’ kepada pasukan pencabar lain.

Kosmo! semalam turut melaporkan bekas pemain negara dan Kuala Lumpur, Datuk Subadron Abdul Aziz merasakan perkembangan penyerang Liga Malaysia (Liga M) akan terbantut sekiranya masih terdapat banyak pasukan tempatan berdepan masalah dalaman termasuk isu tunggakan gaji.

“Macam Bergson Da Silva bukan kata main dengan pasukan ada masalah, lawan pasukan kuat yang tidak ada masalah pun dapat jaringkan gol. Untuk penyerang lain kalau berdepan pemain kurang berkeyakinan menjadi perkara bagus bagi mereka.

“Apa pun masalah gaji ini perlu diselesaikan secepat mungkin kerana kalau tidak, bola sepak Malaysia akan alami satu masa yang tidak bagus,” kata seorang lagi bekas penyerang negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI