fbpx

‘Cari isteri bertudung, tahu hukum agama sebab saya tak sempurna’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noki bagaimanapun tidak menafikan Hawa mempunyai kriteria calon isteri idamannya. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

PETALING JAYA – Ditebak sudah mempunyai kekasih, anggota K-Clique, Noki menafikan dakwaan menjalin hubungan istimewa dengan pengacara Hawa Rizwana seperti diperkatakan ramai dalam media sosial.

Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 31, berkata, mereka hanya akrab ketika sama-sama terbabit dalam sebuah festival jualan di Singapura ketika Ramadan, baru-baru ini.

“Sebenarnya saya dapat tahu mengenai spekulasi itu menerusi media sosial sewaktu saya membantu Hawa di festival membeli-belah di Singapura sebelum ini.

“Secara kebetulan saya dijemput buat persembahan di acara sama jadi saya tolong Hawa atas dasar kawan, itu sahaja.

“Saya juga yang minta Hawa sertai festival terbabit selain berjanji menolongnya kerana dia pada mulanya tidak tahu sama ada boleh sertai atau tidak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Begitupun, Noki yang ditemui pada majlis memperkenalkan pelakon drama adaptasi novel popular, Thariq Ridzuwan: His Treasure mengakui selebriti berusia 29 itu mempunyai ciri wanita pilihannya.

Namun katanya, tidak bermakna hanya disebabkan Hawa bertudung selain bijak membawa diri dan berdikari membolehkan dia mudah mendekati wanita terbabit.

“Saya memang ingin calon isteri yang berhijab dan tahu mengenai hukum-hakam agama kerana saya juga bukan sempurna, jadi lebih mudah untuk membimbing dan sama-sama mencari reda Allah.

“Sebagai kawan saya akui Hawa memiliki kriteria itu, berhijab dan sangat berdikari tetapi hubungan kami tidak lebih sekadar rakan seperjuangan.

“Kami juga tidak berhubung selepas festival berkenaan tamat. Kiranya orang ramai sudah salah faham,” ujarnya.

Pada masa sama, akui penyanyi dan pelakon itu, dia enggan tergesa-gesa berumah tangga biarpun sudah bersedia memikul tanggung jawab sebagai suami.

Katanya, keruntuhan rumah tangga pasangan selebriti merupakan antara faktor yang kadang-kala menakutkannya untuk berkahwin.

“Saya sangat takut dan berdoa semoga perkara tidak berhadapan isu perceraian atau melalui kemelut serius dalam perkahwinan.

“Sebab itu, saya perlu mencari calon isteri yang tepat dan faham soal agama kerana bila dia tahu hukum-hakam, dia akan sama-sama cuba memperbaiki hubungan,” kongsinya.

Sebelum ini Noki pernah menyatakan mahu menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun selain mencari calon isteri yang berhijab namun reda apabila hingga kini jodohnya belum sampai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI