fbpx

Anwar sambut ketibaan Xi Jinping di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) menyambut ketibaan Xi sempena lawatan negara selama tiga hari di Kompleks Bunga Raya, Sepang hari ini.

PUTRAJAYA- Presiden China, Xi Jinping selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 6.30 petang tadi bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis.

Ketibaan Xi Jinping dan delegasi China yang menaiki pesawat Air China jenis Boeing 747 disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Turut menyambut kehadiran beliau bersama delagasi negara itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Delegasi Xi Jinping turut diberikan sambutan rasmi dan persembahan tarian kebudayaan dari Malaysia.

Lawatan negara Xi Jinping ke Malaysia dibuat atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sekali gus dilihat bakal memperkukuhkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara Putrajaya dan Beijing.

Menerusi lawatan negara itu, Xi Jinping akan disambut dengan istiadat sambutan negara dengan diikuti kunjungan menghadap ke atas Sultan Ibrahim di Istana Negara Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda juga berkenan meraikan Xi Jinping dan delegasi dalam satu majlis santapan negara.

Xi Jinping turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang mengenai kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu seterusnya akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman, Perjanjian dan Nota antara Malaysia dengan China.

Perdana Menteri juga menghoskan satu majlis makan malam rasmi di Kompleks Seri Perdana di sini untuk meraikan Xi Jinping.

Untuk rekod, China terus menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan bernilai RM484.12 bilion pada 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI