fbpx

Alekna cipta rekod dunia baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEKNA

OKLAHOMA –  Bintang olahraga Lithuania, Mykolas Alekna memecahkan rekod dunia acara lempar cakera lelaki miliknya sendiri dengan satu lontaran luar biasa sejauh 75.56 meter (m), sekali gus menjadi manusia pertama dalam sejarah untuk mengatasi jarak 75m.

Aksi bersejarah itu dilakukan dalam satu kejohanan di Oklahoma, Amerika Syarikat baru-baru ini yang mana ia adalah lokasi sama dia mencipta rekod dunia tahun lalu dengan catatan 74.35m.

Ketika itu, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 tersebut memadam rekod dunia yang bertahan selama 38 tahun dilakukan legenda Jerman, Jurgen Schult, 74.08m pada 1986.

Dalam keadaan berangin, Alekna yang juga bekas juara Eropah membuka saingan dengan lontaran sejauh 74.89m, sudah cukup untuk mengatasi rekod dunia sedia ada.

Namun, detik gemilang tercetus dalam percubaan keempat apabila lemparannya meluncur jauh melepasi paras mustahil iaitu 75.56m, mengesahkannya sebagai pelakar sejarah baharu dalam arena lempar cakera.

“Saya berada di landasan yang betul. Saya datang ke kejohanan ini dengan satu misi jelas. Saya tahu jika tidak pecahkan rekod, Matt pasti akan lakukannya,” kata Alekna merujuk kepada pesaing terdekatnya, Matt Denny dari Australia.

Saingan kali ini dianggap antara terhebat dalam sejarah lempar cakera apabila lima atlet melepasi jarak 70m dan tujuh lagi menghasilkan lemparan melebihi 69m iaitu satu pencapaian luar biasa dari sudut kualiti pertandingan.

Lebih manis, pencapaian Alekna mengukuhkan lagi legasi keluarganya selepas bapanya, Virgilijus Alekna merupakan juara Olimpik dua kali dan pemegang rekod keempat terbaik sepanjang zaman dengan catatan 73.88m dilakukan pada 2000. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI