fbpx

Ada pihak pilih amal politik kebencian – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin memeriksa Kawalan Kehormatan Utama sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita apabila ada pihak yang memilih untuk mengamalkan politik kebencian di negara ini.

Baginda bertitah, perkara berkenaan dikhuatiri bakal menyebabkan negara menghadapi warga yang tidak lagi bersatu, malah membenci dan memusuhi antara satu sama lain.

“Negara ini semakin disemai benih-benih kebencian secara keterlaluan hingga terhakisnya kompas moral dan gugurnya empati apabila berurusan dengan pihak yang tidak sekata.

“Kelihatan semakin subur budaya fitnah, semakin sarat budaya yang merestui perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah lawan politik, dan semakin luntur nilai-nilai keinsanan dan kemanusiaan.

“Kebenaran bagaikan tiada lagi mempunyai nilai dan harga,” titah baginda ketika Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, negara sedang berhadapan dengan cabaran untuk mencari kaedah berkesan untuk menangani perselisihan yang berlaku masyarakat pada hari ini.

“Kita sedang berhadapan cabaran mencari serapah ajaib, resepi berkesan untuk mengendalikan secara adil, saksama dan berkesan, perselisihan dalam masyarakat yang pelbagai.

“Kita masih meraba dalam kesamaran mencari formula untuk memahamkan pelbagai pihak, agar lebih rasional, bersedia melihat melalui lensa penyatuan dan perpaduan, berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai keharmonian,” titahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI