PETALING JAYA – Tindakan berani seorang anggota polis menangkap seekor ular sawa yang sedang melingkar di tengah jalan meraih perhatian ramai.
Lebih mengujakan, anggota berkenaan bersama seorang individu yang turut membantu, ‘beraksi’ tanpa menggunakan sebarang peralatan khas, mahupun bersarung tangan.
Namun apa yang lebih menjadi perhatian menerusi perkongsian video oleh laman Friends Of PDRM di media sosial, paparan aksi selama 23 saat itu berlangsung secara ‘sunyi’.
“Lelaki buat kerja tak bersuara atau kecoh pun. Tahu-tahu siap ja. Yang tengok pun sama,” kata @Ayu Abu Bakar.
Komen berkenaan malah turut dipersetujui oleh netizen yang lain.
“Mesti ular tu ular jantan sebab diam juga. Semua bekerjasama,” ujar @Puteri Zeinon.
Dalam masa sama, ada yang mencadangkan supaya anggota berkenaan diberikan penghargaan di atas keberanian dan sikap bertanggungjawab walaupun ia tidak termasuk dalam skop tugasan seorang anggota polis.
“Tabik abang polis. Walaupun ini bukan tugas hakiki dia, tapi dia tetap melakukannya demi keselamatan orang ramai,” puji @Rama Nie.
“Naik pangkat dan beri elaun tambahan untuk anggota yang cemerlang seperti ini,” cadang @Khalid Ismath pula. – KOSMO! ONLINE
@friendsofpdrmLokasi Sek23 Shah Alam. ♬ Mindset (Epic Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals