fbpx

Rakyat Indonesia beratur panjang beli emas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur di hadapan kedai emas di Pusat Beli-belah Cibinong City baru-baru ini. - TikTok

JAKARTA – Berpuluh-puluh orang di wilayah Jawa Barat, Indonesia sanggup beratur di luar kedai emas yang masih belum dibuka untuk membeli jongkong emas, lapor portal berita Rmol semalam. 

Kejadian berlaku di Pusat Beli-belah Cibinong City dekat Bogor baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mbsgold_27 memaparkan orang ramai berlari untuk mendapatkan nombor giliran sebaik sahaja kedai itu dibuka. 

Meskipun ramai, mereka tetap sabar menunggu dan beratur. 

Pembelian itu berlaku disebabkan harga emas yang melonjak naik. 

Direktor Eksekutif Pusat Pengajian Ekonomi dan Undang-undang (Celios), Bhima Yudhistira berkata, fenomena itu  mencerminkan kebimbangan masyarakat terhadap ekonomi negara. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Rakyat Indonesia yang dikatakan miskin, sebaliknya borong emas,” kata seorang netizen. 

“Ini pembelian panik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI