fbpx

Pak Lah ‘pergi’ dalam keadaan tenang – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin menyifatkan pemergian bekas Perdana Menteri ke-5 , Tun Abdullah Ahmad Badawi kira-kira pukul 7.10 malam tadi adalah dalam keadaan tenang dan aman.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pemergian bekas Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pukul 7.10 malam tadi dalam keadaan tenang dan aman.

Beliau yang juga menantu Abdullah berkata, pemergian tokoh Islam Hadhari itu ditemani oleh seluruh keluarga Allahyarham termasuk isteri, Tun Jeanne Abdullah.

“Allahyarham telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak awal pagi semalam.

“Banyak ucapan takziah yang kami terima, untuk itu kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak,” katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin berkongsi berita sedih pemergian bapa mentuanya itu menerusi hantaran di Insta Story kira-kira 7.30 malam tadi.

“Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Ke-5 telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.10 pm (malam) di Institut Jantung Negara KL.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan dalam kalangan roh orang-orang beriman dan beramal soleh,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI