PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri ke-5 , Tun Abdullah Ahmad Badawi baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui Instagram Story beliau sebentar tadi.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Ke-5 telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.10 pm di Institut Jantung Negara KL.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan menempatkan roh dalam kalangan roh orang-orang beriman dan beramal soleh,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE