fbpx

Pak Lah dimasukkan ke IJN sejak awal pagi Ahad – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Tun Abdullah

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri ke-5 , Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara, di sini sejak pagi semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh menantunya, Khairy Jamaladin Abu Bakar dalam satu sidang akhbar, malam ini.

Katanya, pemergian Allahyarham pada pukul 7.10 malam tadi ditemani seluruh keluarga termasuk isteri, Tun Jeanne Abdullah.

Terdahulu Khairy menyampaikan berita sedih itu menerusi hantaran Insta Story yang dimuat naik kira-kira 7.30 malam tadi.

“Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Ke-5 telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.10 pm di Institut Jantung Negara KL.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan menempatkan roh dalam kalangan roh orang-orang beriman dan beramal soleh,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI