fbpx

‘Pak Lah bagaikan abang, teman rapat ketika susah dan senang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (kiri) ketika bergambar bersama Allahyarham. - Foto FACEBOOK NAJIB RAZAK

PETALING JAYA – “Amat sedih bila diberitahu pemergian mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi. Pak Lah adalah teman, mentor dan pemimpin yang dihormati. Secara peribadi, Pak Lah amat rapat dengan kami sekeluarga.”

Itu antara ucapan ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemergian Allahyarham yang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara sekitar pukul 7.10 malam, hari ini.

Pengendali akaun Facebook Najib itu juga berkata, keakraban mereka bagaikan abang serta teman rapat ketika susah dan senang, selain Allahyarham sentiasa sudi membimbing.

“Dalam politik dan pentadbiran, Pak Lah seorang yang berintegriti. Kepimpinannya bukan sahaja berteraskan akauntabiliti malah mengutamakan kecemerlangan.

“Bersandarkan kepada semangat dan prinsipnya juga yang menjadi antara beberapa faktor mendorong kepada terlahirnya prinsip pentadbiran 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

Tambahnya, Allahyarham akan sentiasa dikenang dengan sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Pak Lah dan rakan-rakan. Marilah kita sama-sama doakan semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham, menerima amalan beliau, mengangkat darjatnya di sisi Allah dan dikurniakan syurga.

“Malaysia kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa. Al-fatihah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI