fbpx

Koperal tertembak diri sendiri ada masalah peribadi, kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi Koperal yang maut setelah tertembak diri sendiri 8 April lalu.

SEBERANG PERAI – Polis berpangkat Koperal yang mati selepas dipercayai tertembak diri sendiri di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini 8 April lalu didapati mempunyai masalah peribadi dan kewangan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mendiang sudah selamat disemadikan namun siasatan akan diteruskan untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, setakat ini polis telah merakam keterangan sembilan individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan kes kematian anggota terbabit.

“Keterangan yang direkodkan merangkumi beberapa anggota yang berada di lokasi kejadian termasuklah bekas isteri dan rakan karib mendiang.

“Berdasarkan siasatan, mendiang ada masalah peribadi dan sedikit sebanyak ada kaitan dengan masalah kewangan juga.

“Justeru, laporan pakar perubatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI