LONDON – Model kereta pertama di dunia yang boleh dipandu secara terbalik dipamerkan di ibu pejabat McMurtry Automotive, England, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Kereta dinamakan McMurtry Speirling itu mampu melawan graviti, didorong oleh sistem kipas berkuasa yang membenarkan ia ‘melekat’ pada permukaan.
Bagaimanapun, hanya satu daripada 100 kereta itu akan dibina menjelang 2026.
Sebagai kenderaan elektrik (EV) dengan satu tempat duduk, ia mempunyai berat kurang 1,000 kilogram (kg), namun menghasilkan lebih 1,000 kuasa kuda dalam daya turun.
Speirling boleh mencapai kelajuan 160 kilometer sejam dalam masa cuma 2.66 saat.
Pasukan McMurtry bersorak ketika pengasas bersama, Thomas Yates memandu kereta itu menaiki tanjakan ke platform sebelum ia diputar oleh pelantar yang dibina khas, baru-baru ini.
Tidak menggunakan apa-apa selain daya aerodinamik tulen, kereta tersebut kekal kedudukannya pada pelantar.
“Dengan trek terbalik yang lebih panjang atau terowong bersesuaian, kami mungkin dapat memandu lebih jauh lagi,” kata Yates. – AGENSI