fbpx

‘Kad emas Trump’ dijual minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump menunjukkan kad emas kepada pemberita sebelum menuju ke Miami, Florida pada 3 April lalu. - AFP

WASHINGTON – Orang terkaya di dunia, Elon Musk mengumumkan bahawa penjualan kad emas yang menggantikan visa pelabur EB-5 akan dilancarkan pada minggu hadapan, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Pengumuman program visa baharu itu dibuat semasa mesyuarat di White House pada 10 April lalu. 

Trump menyifatkan kad emas itu sebagai pendekatan inovatif kepada golongan imigran kaya yang mahu mendapatkan kerakyatan AS dengan bayaran AS$5 juta (RM22 juta). 

Selain dilengkapi gambar dan tandatangan Trump, pemilik juga akan diberikan keistimewaan sama seperti Kad Hijau (menjadi pemastautin tetap) yang memberi laluan untuk menjadi warganegara AS.

Program ‘kad emas Trump’ itu akan menggantikan program visa EB-5 yang ditubuhkan pada 1990 untuk memberikan Kad Hijau kepada warga asing yang menyumbang AS$1 juta (RM4.4 juta). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI