PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana melanda Selatan Kepulauan Fiji pada pukul 4.03 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa tersebut berukuran 6.3 magnitud.
“Kejadian berlaku di 26.2 darjah Selatan dan 177.2 darjah Barat dengan kedalaman 325 kilometer (km).
“Ia terjadi 1,000km Tenggara dari Laucala, Fiji ,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE