fbpx

EPL: Impian Villa hampir jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS yang masuk sebagai pemain gantian berjaya meledak gol ketika Villa mencatat kemenangan ke atas Southampton. - AFP

LONDON – Harapan Aston Villa mengekalkan slot slot ke Liga Juara-Juara makin cerah selepas mengatasi Southampton 3-0 pada aksi di Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Bagaimanapun Pengurus Aston Villa, Unai Emery memuji impak besar yang dimainkan oleh tiga pemain gantiannya, Ollie Watkins, Donyell Malen dan John McGinn yang menyumbangkan jaringan buat pasukan.

Emery beranggapan kemasukan tiga pemain itu mampu menghadirkan perbezaan ketara dalam aspek kualiti permainan bagi memastikan keputusan penting mampu diraih.

“Sangat penting apabila kami tidak mampu mendapatkan banyak mata di awal musim kerana tidak memiliki pemain yang cukup di bangku simpanan. Kami hadapi semua ini ekoran kecederaan yang pemain alami.

“Ekoran itu kami bergerak aktif pada jendela perpindahan di mana pemain yang pasukan bawa masuk mampu menghadirkan impak lebih besar sekali gus membantu pasukan mendapatkan mata,” katanya.

Bagaimanapun kemenangan itu tidak diraih dengan mudah yang menyaksikan penjaga gol Southampton, Aaron Ramsdale bertindak cemerlang menafikan dua sepakan penalti Marco Asensio.

“Secara taktikal, kami bermain dengan tersusun dan secara individu juga kami mampu menyerlahkan kemahiran yang pemain ada. Saya sedang menikmati detik ini dan saya berterima kasih kepada semua orang yang bantu kami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI