fbpx

Dua beranak hilang dihanyut arus sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MIRI – Seorang pembantu pengurusan murid sebuah sekolah dan anak perempuannya hilang dihanyutkan arus deras Sungai Sengayan di Long Jekitan, Baram dekat sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian berlaku pukul 8 pagi tadi ketika lelaki berusia 49 tahun dan anak perempuannya berusia 9 tahun menyeberangi Sungai Sengayan dengan menaiki sebuah pacuan empat roda.

Mangsa dikenali, Dawellies Luing yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Long Jekitan bersama anaknya, Vallerie Mentie Dawellies.

“Kawalan Balai Bomba Marudi menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi bahawa dua mangsa telah hanyut dibawa arus sungai.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 12 tengah hari, namun tidak dapat menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) disebabkan jarak lokasi kejadian yang sangat jauh,” katanya.

Katanya, pasukan bomba akan bergerak ke lokasi kejadian pada pukul 6 pagi esok bagi membantu operasi SAR memandangkan jarak untuk ke lokasi hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Ujarnya, ia mengambil di antara 10 hingga 12 jam melalui jalan balak dan laluan sungai menuju ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI