fbpx

Aplikasi peta punya pasal, ‘rider’ sesat sampai ke gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa. - Lambe Turah

JAKARTA – Seorang penghantar barang tersesat hingga ke Gunung Hambalang, Bogor, wilayah Jawa Barat gara-gara menggunakan aplikasi pemetaan, lapor laman berita Detik semalam.

Menurut Jabatan Bomba Daerah Bogor, lelaki tersebut menghubungi pihaknya pada Jumaat lalu sekitar pukul 8.15 malam (waktu tempatan).

“Pengadu tersesat kerana mengikuti aplikasi peta,” kata ketua pegawai bomba tempatan, M Ridwan.

“Disebabkan gagal menemui jalan keluar, pelapor menghubungi bomba untuk membantunya,” tambah Ridwan.

Katanya, sejurus tiba, anggota bomba segera membantu mangsa dan proses tersebut mengambil masa selama sejam. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI