fbpx

Amanah lapor polis, gesa siasat Abdul Muhaimin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Munzirie (tengah) selepas membuat laporan polis di IPD Tapah terhadap calon PN, Abdul Muhaimin berkaitan dakwaan dirinya menipu dalam permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di Perak. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Satu laporan polis dibuat terhadap calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek, 44, berkaitan dakwaan dirinya menipu dalam permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di negeri ini.

Laporan polis itu dibuat Parti Amanah Negara (Amanah) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah sekitar pukul 2.30 petang.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak, Ahmad Munzirie Kabir berkata, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa terhadap dakwaan berkenaan.

“Saya hadir ke IPD Tapah ini membuat satu laporan rasmi berhubung dakwaan penipuan dalam permohonan tauliah mengajar agama oleh calon PN.

“Calon terbabit dipercayai telah memperoleh tauliah dari Jabatan Mufti Negeri Perak walau sebenarnya tidak layak kerana memegang jawatan politik dan kini bertanding pula dalam pilihan raya. Ini bukan sahaja melanggar peraturan sedia ada, malah mengingkari titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku ketua agama Islam negeri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI