fbpx

Alcaraz takluk Monte Carlo kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ

MONTE CARLO – Pemain tenis No. 2 dunia, Carlos Alcaraz bangkit daripada permulaan hambar untuk menewaskan Lorenzo Musetti 3-6, 6-1, 6-0 awal pagi tadi sekali gus menjulang gelaran sulung Monte Carlo Masters.

Kejayaan di gelanggang tanah liat ikonik itu menjadi pencapaian terbesarnya sejak menjuarai Wimbledon tahun lalu, menandakan kebangkitan semula bintang muda Sepanyol tersebut selepas melalui siri prestasi hambar di Miami dan Indian Wells bulan lalu.

Bermula goyah, Alcaraz jelas tidak berada dalam mod terbaik apabila tewas dua break awal oleh Musetti yang mempamerkan variasi permainan menakjubkan dalam set pembukaan.

Pukulan forehand bintang berusia 21 tahun itu juga kelihatan tumpul dengan 11 kesilapan direkodkan hanya dalam set pertama.

Bagaimanapun, Alcaraz bukan pemain yang mudah mengalah apabila dia kembali dengan gaya lebih agresif dan konsisten pada set kedua, memenangi lima permainan berturut-turut dan meruntuhkan keyakinan Musetti sedikit demi sedikit.

Set ketiga menyaksikan penguasaan sepenuhnya milik Alcaraz dengan satu pertunjukan dominasi yang hampir sempurna apabila Musetti hanya mampu meraih lapan mata sepanjang set itu sebelum tunduk dalam masa kurang dua jam.

Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan Alcaraz gelaran Masters 1000 keenam dalam kariernya, malah menambah koleksi kejuaraan utamanya kepada 10, termasuk empat Grand Slam.

Lebih manis, kejayaan itu turut melonjakkan kedudukannya ke tangga kedua dunia, mengatasi Alexander Zverev selain mendahului carta ATP 2025 menewaskan Jannik Sinner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI